Saturday, August 2

Pawagam hpa

. Saturday, August 2

Sudah lama kita meninggalkan panggung wayang mungkin kerana kesedaran ataupun filem hari ini boleh ditonton di TV rumah masing-masing.Hari ini memang banyak panggung wayang didirikan tetapi mungkin ianya lebih kepada projek komersial (mementingkan pendapatan)dan ini berbeza dengan projek pawagam HPA yang akan memberi tumpuan kepada siri pendidikan.

Banyak filem yang terbaik di dunia tidak ditayang di pawagam kita seperti contuh filem "sepatu" daripada Iran yang memenangi hadiah filem terbaik di dunia hanya menceritakan sebuah sepatu.Filem Abu Hanifah dari mesir juga merupakan filem yang baik ditonton bersama.Filem-filem Harun Yahya akan memberikan lagi kefahaman terhadap keajaiban ciptaan Allah dengan alam semesta.

Pawagam HPA mempunyai misinya sendiri iaitu membangunkan masyarakat berakhlaq dan motivasi kepada anak-anak untuk menjadi insan soleh.Pawagam ini juga dijadikan sebagai pusat bagi mereka yang stress kerana ianya akan di lengkapi pelbagai aroma untuk kaedah perawatan aroma terapi.

Pehak sekolah boleh menjadikan program menonton di pawagam HPA sebagai aktiviti tambahan bagi membentuk pelajar berdisplin.Pawagam HPA juga boleh di sewa khas oleh mana-mana pehak untuk melihat filem-filem yang sedia ada.InsyaAllah.Lawatan-lawatan yang dibuat dari masa kesemasa boleh memasukkan acara menonton filem di Pawagam HPA sebagai satu agenda.

Doakan pawagam ini boleh disiapkan segera.InsyaAllah.
Posted by JawiHerbShop at Saturday, August 02, 2008

0 comments:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Post a Comment

 

© Copyright 2007-2008. Namablog.com . All rightsreserved | namablog.com is proudly powered by Blogger.com | Template by ebook.com