Ok la..buat tatapan poat kali ini rasanya penulis nak memperkatakan tentang urutan tapak kaki atau dalam bahasa sains nya "reflexsologi".Lihat catatan dibawah mengenainya atau boleh rujuk ke wikipedia
PENGENALAN RINGKAS URUTAN REFLEKSOLOGI
Urutan Tapak kaki atau kaki juga di kenali sebagai Reflexsologi. Adalah di percayai setiap titik di tapak kaki mempuyai kaitan dengan organ dalaman tubuh badan. Teori ini mengandaikan bahawa setiap penyakit organ dalaman akan berkaitan dengan urat saraf yang berakhir di hujung tapak kaki.
Setengah penyakit memerlukan kos rawatan yang tinggi. Tidak semua orang mampu untuk mendapatkan rawatan percuma dan membiayai kos rawatan masing-masing. Kaedah urutan refleksi ini amat mudah dan murah untuk di pelajari. Di negara kita anda boleh mempelajarinya daripada pengamal perubatan yang terkenal seperti di Institiut penyelidikan perubatan Akupunktur di Kelantan.
KAEDAH RAWATAN REFLEXSOLOGI KAMI
Sebelum sesuatu urutan dimulakan, kaki anda akan di rendam didalam sebuah bekas berisi air panas yang mengandungi herba selama sepuluh minit. Pengamal urut terapi kami akan menyapukan krim berubat di tapak kaki anda bagi melembabkan dan memberikan sedikit kelicinan ketika urutan.
Buku jari jemari akan digunakan di dalam urutan ini bagi memberi beberapa sentuhan yang keras atau pun lembut ketika rawatan reflexsologi sedang di lakukan. Teori reflexsologi menyatakan sekiranya seseorang tidak merasai sebarang kesakitan yang kuat ketika di beri tekanan reflexsi ini menunjukkan seseorang itu mempunyai tahap kesihatan yang baik.
Di Malaysia rawatan reflexsologi sebenarnya sudah mendapat tempat di hati masyarakat kita. Seni rawatan ini berjaya melancarkan perjalanan darah dan menyingkirkan toksid dari tubuh badan
KEPENTINGAN URUT REFLEKSI DAN URUTAN KAKI
Jika perjalanan darah tersekat dan terhalang, kekotoran dan endapan yang ada akan tersumbat di dalam saluran darah. Maka organ tubuh badan akan terganggu dan kita boleh terkena penyakit.
Salah satu punca seseorang terkena penyakit kaki adalah disebabkan tersekatnya pengaliran darah pada anggota organ tubuh seseorang. Melalui picitan dan urutan di 60 tempat titik akupunktur di kawasan tapak kaki beberapa penyakit tertentu dapat di pulihkan seperti senggal-senggal sendi, selesma dan sakit kepala dan sebagainya.
Dengan mengambil pendekatan yang sederhana iaitu dengan menggabungkan urut refleksi dan urutan kaki secara tradisional beberapa penyakit kaki dapat di sembuhkan dengan segera.
0 comments:
Post a Comment